HUBUNGI KAMI

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
BANDAR & SUMBER ASLI
Tingkat 3, Wisma Sumber Alam, 
Jalan Stadium, Petra Jaya, 
93050 Kuching,Sarawak
TEL :+6 082 313 811(HQ)  | +6 082 311 000 (Bhg.Perancangan)  | FAX : +6 082 313 810  | EMAIL : abduls10@sarawak.gov.my

hit counter

Kemaskini Pada: 24 Okt 2018
 
LatarbelakangLatarbelakang

Kementerian ini telah diwujudkan secara rasminya pada tahun 1965. Bermula dengan pelantikan dua (2) orang menteri yang bertanggungjawab di bawah nama Kementerian Sumber Asli. Selepas itu, kementerian ini ditukarkan nama setelah dibahagikan kepada dua (2) fungsian yang berbeza yang dikenali sebagai Kementerian Pembangunan & Sumber Asli.

Pada tahun 1968, kementerian telah ditukar semula nama dan dikenali sebagai Kementerian Sumber Asli sehingga tahun 1971. Pada tahun 1972 pula, segala fungsi berkenaan Sumber Asli, telah diserapkan di bawah Kementerian Pertanian, Tanah & Hasil Bumi sehingga tahun 1980.

Walaubagaimanapun pada 12 Julai 1985, pengabungan Kementerian Perhutanan dan Kementerian Tanah dan Hasil Bumi kepada Kementerian Perancangan Sumber telah bukan sahaja mempunyai peranan dan skop yang luas tetapi amat signifikan dengan arus pembangunan Negeri Sarawak.

Pada 1 Januari 1998, kementerian ini telah diwartakan dan dikenali sebagai Kementerian Perancangan Dan Pengurusan Sumber  sehingga kini. Berikutan rombakan kabinet yang diumumkan pada 2011 menyaksikan beberapa tambahan bidang tugas, tanggungjawab dan fungsi yang harus dipikul oleh kementerian dan nama kemeterian sekali lagi bertukar. Kini nama kementerian dikenali sebagai Kementerian Perancangan Sumber Dan Alam Sekitar atau ringkasnya KPSAS.