BM  | EN
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

HUBUNGI KAMI

Kementerian
Perancangan Sumber
dan
Alam Sekitar

Tingkat 3, Wisma Sumber Alam,
Jalan Stadium, Petra Jaya,
93050 Kuching,Sarawak


 

+6 082 313 823

+6 082 313 810

abduls10@sarawak.gov.my
Kemaskini Pada: 23 Okt 2017
Versi 8.0.2c
Dasar PrivasiDasar Privasi

Privasi Anda
Halaman ini menjelaskan dasar privasi kami yang merangkumi penggunaan dan perlindungan terhadap apa-apa maklumat yang dikemukakan oleh pelawat-pelawat.

Jika anda memilih untuk mendaftar dan berurusan dengan menggunakan laman web kami atau menghantar e-mel yang memberikan data peribadi yang boleh dikenalpasti, data ini mungkin dikongsikan, jika perlu, dengan agensi-agensi kerajaan lain untuk memberi anda perkhidmatan dengan cara yang paling cekap dan berkesan. Contohnya dalam soal menyelesaikan atau melayan aduan yang memerlukan aduan itu diajukan ke agensi-agensi kerajaan yang lain.
 
Maklumat Yang Terkumpul
Tidak ada maklumat peribadi yang boleh dikenalpasti itu dikumpul semasa melayari Laman Web Rasmi Kementerian Perancangan Dan Pengurusan Sumber Sarawak kecuali bagi maklumat yang anda berikan melalui e-mel yang berada dalam laman web ini.

Maklumbalas
Kami mengalu-alukan semua maklumat dan pertanyaan. Jika maklumat terperinci tidak dapat dibekalkan daripada laman web ini, maka maklumbalas yang ikhlas daripada anda dan pertanyaan anda akan dihantar kepada pihak agensi kerajaan yang berkaitan untuk membolehkan kami membekalkan maklumat yang anda perlukan itu.

Cookies
Terdapat laman web tertentu yang menjanakan cookies yang dikumpul oleh pelayan web untuk membolehkannya mengecam lawatan-lawatan anda pada masa hadapan.

Laman Web Rasmi Kementerian Perancangan Dan Pengurusan Sumber Sarawak menggunakan non-persistent cookies atau persession cookies sahaja yang mempunyai fungsi teknikal seperti menukar bahasa-bahasa dalam laman web. Cookies ini tidak merekod data secara kekal dan data itu tidak distorkan dalam harddrive komputer anda. Sebaik sahaja anda menutup komputer anda, cookies itu dipadam.

Apa Yang Terjadi Apabila Saya Hubungi Laman Lain?
Kandungan
Laman Web Rasmi Kementerian Perancangan Dan Pengurusan Sumber Sarawak menghubungkan laman web organisasi kerajaan dan organisasi bukan kerajaan. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman kami dan anda hendaklah sedar bahawa laman web lain yang dihubungkan oleh laman web ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berlainan dan kami mengesyorkan anda membaca dan memahami pernyataan privasi tiap-tiap laman web.

Perubahan Kepada Dasar Ini
Jika dasar privasi ini berubah dengan apa-apa cara, perubahan itu akan dikemaskinikan di halaman ini. Kerap meninjau halaman ini boleh membantu anda mengikuti pengemaskinian maklumat yang dikumpul, bagaimana maklumat itu digunakan, dan dalam apa keadaan, jika ada, maklumat itu dikongsikan dengan pihak lain.

Pertanyaan Atau Aduan
Jika anda ada pertanyaan atau aduan tentang dasar privasi ini atau laman web ini, anda boleh menghubungi kami melalui maklumbalas kami.